Wednesday, September 28, 2011

Ramadhan, Syawal dan Himpunan keluarga

Syukur, Alhamdulillah. Genap berpuasa sebulan bermula 1/8/2011 hingga 29/8/2011. Doaku semuga amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan 1432H yang lalu diterima Allah.

Pastikah aku dapat lagi berada dalam Ramadhan yang mulia 1433H? Allah Maha Mengetahui.
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingati namaMu dan sentiasa membasahi bibirku menyebut namaMu.


Tahun ni awal Syawalku adalah di Kedah. Maka keluargaku pun excited nak balik Kedah. Puasa terakhir 1432H di Sungai Petani, berbuka puasa di rumah sepupuku Ina dan suaminya.

Bila dah jumpa, semua dah berkumpul ramai, majlis tahlil dan doa selamat pun diadakan. Suamiku yang menerajui bacaan sebelum kami semua mengaminkan. Tuan rumah dan keluarga telah bersama menyediakan juadah untuk berbuka.

1 Syawal 1432H disambut sederhana tetapi meriah. Semua keluarga menanti acara pada petang raya bermula jam 2.30 petang. Aktiviti mewarna, dam ular dan eksploraya diadakan. Semua hadiah diberi pada petang diakhir majlis.

Malam Himpunan Keluarga 2011 bermula jam 8.00 malam - 11.00 malam.