Wednesday, November 2, 2011

Anak bujangku


Masa...
Terlalu pantas berlalu...
Suatu ketika kulihat kau berlari-lari
bermain penuh kegirangan
Merengek dan menangis
Pelbagai kerenah yang kau lakukan

Masa....
Zaman persekolahanmu telah kau tinggalkan
Sama-sama abah, mak menghantar ke taska
Bertahun-tahun itulah rumah keduamu
Meninggalkan pelbagai nostalgia buat pengasuh
Suka duka kami membimbingmu

Masa.....
Kini telah kau pegang segulung ijazah
Tersenyum megah dengan kejayaanmu
Abah dan mak turut bangga
Anakku menjadi insan terpelajar
Syukur ke hadrat Ilahi

Masa.....
Detik yang berlalu
penuh kenangan
Kini menjadi lipatan sejarah
Buat kami, abah dan mak
Buatmu sayang... kau mesti terus mara
membina sebuah kehidupan bermakna
Dirahmati dan dilindungi Allah
Untuk segala urusanmu dunia dan akhirat