Tuesday, June 14, 2011

Dah 14 Jun 2011, begitulah masa berlalu, masa pergi umpama air mengalir, tidak akan berulang.

Apa yang berlaku semalam, hanya tinggal kenangan sahaja..... Maka apa yang terjadi hari ini akan menyusul ke lipatan sejarah.

Chaq kena gout pula hari Ahad baru ni, bengkak kaki dan merah. 2 kali Myra terpijak kaki Angguik yang sakit tu... Alahai cucu.....cucu!!!!

13 Jun 2011, anak bujangku terbang ke Vietnam untuk lawatan selama 4 hari. Anak perempuan bongsuku bawa berita gembira apabila score highest mark untuk sejarah dan ekonomi. Syukur.....

Anak bongsuku pula mendapat emas dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh di sekolahnya petang tadi. Sukan sekolah Jln 3 BBB, ari Sabtu nanti.

Anak Sulong dan cucuku balik ke Ampang, dijemput menantu, setelah bercuti hujung minggu di sini.

Aku pula siang tadi ke PPUKM, routine checkup.... Biasalah berita, semakin beralih ke usia senja, macam-macam sakit yang datang bertandang. Apapun itulah kehidupan. Cuma yang tidak diketahui bila pula ajal menjemputku....Entah siapa dulu, tunggu dan lihat!!!

Thursday, April 14, 2011

Emyra Farrahani

Cucu pertamaku, lahir pada 23 Julai 2010.
Panggilan untukku.....tok (ikut panggilan Kedah pada yang perempuan). Nak glamor zaman la ni maka panggil mak tok. Tak tau la bila Myra boleh cakap nanti, dia nak panggil apa. Tunggu sajalah.
From Emyra



Suamiku mahu dipanggil 'angguik' katanya panggilan orang Minang untuk tok lelaki. Macam-macam panggilan boleh disebut.... tapi tunggulah Myra boleh cakap, dengan pelatnya, akan dapat didengar apalak yang bunyi.
From Emyra

Saturday, March 26, 2011

saja-saja

Dah selalu buka blog tapi hari ni baru dapat nk tulis... Dah lama betul tak tulis dalam blog ni. Cadang nk tukar layout, tapi dah puas cari, tak berkenan dihati. Tu la suarahatiku!!!!!

Sunday, March 14, 2010

Menyoroti tarikh 12 Mac 2010

tika bangun tidur.....
hatiku merasa tidak gembira
dapat ku rasakan hatku ini....
Namun tak dapat kceritakan....
tak dapat ku luahkan melalui tinta

Ku terkenang......
31 tahun yang lalu....
Ba telah pergi meninggalkan kami...
disaat-saat Ba masih diperlukan
anakmu 9 beradik ini.. dan isteri tercinta
Namun apalah daya kami melawan takdir
Rela dan redha kami dengan keterpaksaan

Bermulalah episod kami tanpa bapa
berjuang menghadapi dugaan dan cubaan
melayari kehidupan didunia ini
dibelai kasih ibu...

Dalam menelusuri sebuah penghidupan
membawa seribu kenangan
Hanya doa dan pesananmu ...Ba
Kukuh dihati ini

12/3/2010 genap 31 tahun
Pemergianmu Ba

Thursday, February 11, 2010

Bahtera Baru Dibina



Buat anakku...
yang melangkah ke gerbang perkahwinan pada 16/11/2008.
Pertama kali dibaca oleh abah.....
seusai majlis akad nikah petang Sabtu 15/11/2008
Dengan penuh kesyahduan!!!!

Siti Syamar Fatimah………Selamat Pengantin Baru
Itulah ucapan kami semua……..melangkah ke gerbang perkahwinan
Temetri ikatan suci menjadi sebuah keluarga besar
Ibrahim …….terimalah amanah kami ini
Sempurnakanlah bahtera dengan penuh keimanan
Yang bergelora onak dan duri…..sepanjang perjalanan ini
Agar terhindar perkara tidak diingini
Memahami perasaan dan kenali hati budi
Ampun dan maaf…….benihkanlah dihati
Reda dengan segala yang ada……syukur atas nikmatNya
Fatimah… zuriat pertama cetusan kasih kami
Andai ada kekurangannya…..tuturkan bicara nasihat
Teguran penuh timbang rasa serta tolak ansur
Itulah resepi kebahagiaan…..itulah badai dugaan
Melayari bahtera penuh kasih sayang selamanya
Ayahanda bonda dan semua keluarga iringkan doa……kesejahteraan
Harmoni rumahtangga……….rukun damai bermuafakat

Siti Syamar Fatimah dan Ibrahim……pahat diingatanmu
Harapan keluarga menggunung tinggi…… kekal ke akhir hayat
Alam rumahtangga penuh badai ombak
Menyulam kasih penuh hormat…..percaya mempercayai
Sendainya …..kebuntuan jua yang menjengah bahtera nanda
Uraikanlah ia penuh berhemah…… penuh kebijaksanaan
Lihat dan contohi Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah
Bahtera baru yang dibina anakanda berdua
Anyamlah penuh kasih, penuh iman ……….penuh ketaqwaan
Harungi suka duka badai gelora……..tabahkan hati
Restu doa dari kami semua………buat nanda berdua
InsyaAllah……dirahmati dan diberkati Allah jua



Friday, February 5, 2010

Salam maya

Lahirnya blog ni adalah luahan rasaku.....
Penulisan yang telah lama ku tinggalkan
Aku ingin bermadah, berpuisi, bersajak
Di alam maya ni..........

Keinginanku ini telah lama terpendam dihati
Masa yang berlalu....
Mengutip keping-keping kenangan
Buih sedih dan suka silih berganti

Inilah keinginanku.....